Friday, October 31, 2008

untuk anak-anak yang mama sayangi.

sedar tak sedar rupa-rupanya anak-anak mama sudah besar.Terutama along,ee,didi,yayan,yiyi dan ety.cuma yang masih belum mengerti apa-apa, ajam dan adik.Berbanyak2 syukur mama kpd Allah atas segala nikmat dan kurnia yang diberikan olehNya. Banyak kenangan manis yang telah mama dan papa lalui dalam proses pembesaran anak2 mama.Tapi yang pasti mama sangat bahagia dengan kerenah anak2.Walaupun kekadang mama akan tidak bertolaka ansur dalam sesetengah hal,terutama yang berkaitan dengan pembelajaran.Memang mama tahu,kadang2 anak-anak mama agak tertekan pabila setiap malam terpaksa berada di meja study dari 8mlm hingga 10mlm.Hari minggu juga terpaksa belajar dari pukul 9pagi hingga 11pagi.Tapi segala yang mama lakukan untuk memastikan kejayaan anak2 mama dalam pelajaran.Papa pula agak tidak setuju dengan cara mama.Menurut papa anak2 harus dibiarkan bermain semasa kecil.Tapi mama tetap berkeras dengan jadual mama.Akhirnya papa setuju.Mama sendiri tidak pasti adakah cara yang mama gunakan ini betul atau tidak.Hanya yang pasti mama bersyukur kerana Allah memperkenankan doa mama agar anak2 mama diberi keberkatan dan kekuatan dengan ilmu dunia dan akhirat . Pesanan mama untuk anak2,pandai2 jaga diri walau dimana berada.Jangan lupa pada Allah kerana setiap satu yang kita terima datang dariNya.Wasallam.

1 comment:

Afham said...

salam
terima kasih atas jasa yang dicucrkan..insyaALLAH sama2 berjaya

selamat maju jaya dalam mem'blog'

maju dah loni